Anuar: Berlalulah sudah Ramadhan Sebulan berpuasa Tiba Syawal kita rayakan Dengan rasa gembira Anak muda di rantauan Semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan Bersyukur tak terkira
Elina: Bertukar senyuman dan salam Ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan Saling memaafi Suasana Hari Raya Walau di mana pun jua Memberikan ketenangan Dan mententeramkan jiwa
( korus 1 ) Anuar: Kuih dan muih Beranika macam Makanlah jangan Hanya dipandang... Elina: Ketupat rendang Sila nikmati kawan Penat memasak Malam ke pagi
( korus 2 ) Anuar: Wajik dan dodol Jangan lupakan Peninggalan nenek Zaman berzaman... Elina: Asyik bersembang Pakcik dan makcik Hai, duit raya Lupa nak diberi
Anuar & Elina: Berlalulah sudah Ramadan Sebulan berpuasa Tiba Syawal kita rayakan Dengan rasa gembira Anak muda di rantauan Semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan Bersyukur tak terkira